[Forwarded
from Muharikah]
Perkongsian
ringkas dari talk ustaz salim a fillah di ImanShoppe semalam.
Tentang
makna barakah.
Barakah itu
menjadikan sesuatu itu berkembang dan bertambah.
Barakah itu
sentiasa memberi manfaat kepada orang lain.
Barakah itu
juga memberikan kebahagiaan , samada kepada dirinya atau orang lain.
Rezeki itu
bukanlah dari sudut wang, tapi dari sudut kecukupan rezeki . Rezeki itu juga
berupa anak-anak soleh, pasangan salihat dan berkembangnya perniagaan.
Ada orang
kaya tapi rezekinya dinikmati orang lain kerana dia sakit.
Ada orang
mampu makan di restoran mahal, tapi sedapnya makanan itu diberikan oleh Allah.
Tidak kira mahal mana makanan itu. Ini rezeki.
Ada orang
bayar puluhan ribu dolar untuk tidur di hotel Burj di Dubai, tapi nikmat tidur
itu Allah yang kasi. Itulah rezeki.
Apabila kita
lihat rumah yang besar, jangan impikan rumah itu jadi milik kita. Pandanglah
rumah itu dan ucapkan ; " bagus rumah ini dijadikan tempat majlis
ilmu".
Barakah itu
sentiasa mengembangkan, bertambah dan memberikan bahagia.
Untuk
mendapat barakah, syaratnya iman. Yakin Allah berikan sesuatu yang terbaik buat
kita.
Untuk
menambah iman maka harus dekat dengan Allah.
Sehinggalah
doa kita itu lebih kita cintai dari hasil doa.
Sehinggalah
kita mencintai Pemberi rezeki dari rezeki itu sendiri..
Tapi barakah
kurang dengannya maksiat.
Bagaimana
apabila bermaksiat tapi rezeki melimpah ruah?
Allah takkan
cabut rezeki seseorang yang bermaksiat, tapi Allah cabut kemanisannya dalam
beribadah. Dalam tahajudnya. Dalam solatnya.
Moga Allah
memberikan kita barakah dalam kehidupan menerusi iman. Moga Allah menambahkan
kebaikan bagi diri kita. Moga kita semua jauh dari maksiat..
Dapatkan
buku ustz salim a fillah di booth #hijrahindie di dewan C pesta buku
antarabangsa di maeps.
https://telegram.me/muharikah
Tidak ada komentar:
Posting Komentar