Sabtu, 08 Juli 2017

MAKNA BARAKAH

[Forwarded from Muharikah]
Perkongsian ringkas dari talk ustaz salim a fillah di ImanShoppe semalam.

Tentang makna barakah.

Barakah itu menjadikan sesuatu itu berkembang dan bertambah.


Barakah itu sentiasa memberi manfaat kepada orang lain.

Barakah itu juga memberikan kebahagiaan , samada kepada dirinya atau orang lain.


Rezeki itu bukanlah dari sudut wang, tapi dari sudut kecukupan rezeki . Rezeki itu juga berupa anak-anak soleh, pasangan salihat dan berkembangnya perniagaan.

Ada orang kaya tapi rezekinya dinikmati orang lain kerana dia sakit.

Ada orang mampu makan di restoran mahal, tapi sedapnya makanan itu diberikan oleh Allah. Tidak kira mahal mana makanan itu. Ini rezeki.

Ada orang bayar puluhan ribu dolar untuk tidur di hotel Burj di Dubai, tapi nikmat tidur itu Allah yang kasi. Itulah rezeki.

Apabila kita lihat rumah yang besar, jangan impikan rumah itu jadi milik kita. Pandanglah rumah itu dan ucapkan ; " bagus rumah ini dijadikan tempat majlis ilmu".

Barakah itu sentiasa mengembangkan, bertambah dan memberikan bahagia.

Untuk mendapat barakah, syaratnya iman. Yakin Allah berikan sesuatu yang terbaik buat kita.

Untuk menambah iman maka harus dekat dengan Allah.

Sehinggalah doa kita itu lebih kita cintai dari hasil doa.

Sehinggalah kita mencintai Pemberi rezeki dari rezeki itu sendiri..

Tapi barakah kurang dengannya maksiat.

Bagaimana apabila bermaksiat tapi rezeki melimpah ruah?

Allah takkan cabut rezeki seseorang yang bermaksiat, tapi Allah cabut kemanisannya dalam beribadah. Dalam tahajudnya. Dalam solatnya.

Moga Allah memberikan kita barakah dalam kehidupan menerusi iman. Moga Allah menambahkan kebaikan bagi diri kita. Moga kita semua jauh dari maksiat..


Dapatkan buku ustz salim a fillah di booth #hijrahindie di dewan C pesta buku antarabangsa di maeps.


https://telegram.me/muharikah

Tidak ada komentar:

Posting Komentar